2.3 HALA TUJU PENDIDIKAN ERA PASCA MERDEKA

 HALA TUJU PENDIDIKAN ERA PASCA MERDEKA



Laporan Rahman Talib

 (1960)

 

Bertujuan memperkukuhkan lagi saranan pada Penyata Razak.

     Terdapat empat aspek penting:

•       Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama .

•       Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas.

•       Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir.

•       Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

 

Reformasi struktur:

•       Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

•       Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

•       Persekolahan 9 tahun.

•       Murid naik darjah secara automatik.

•       Penekanan kepada Pendidikan Agama Islam bagi keperluan rohani.

•       Pendidikan akhlak dititikberatkan.

 

Akta Pelajaran 1961

 

-          Menegaskan matlamat utama dasar pelajaran ialah untuk menubuhkan sistem pelajaran yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi,sosio-budaya serta politik di samping menjadikan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan.

-          Hasrat utama ialah untuk menyatupadukan kaum yang ada di Malaysia.

Bahasa tamil dan cina diajar dengan 2 syarat:

•       Jika ada permintaan dari 15 orang ibu bapa

•       Jika didapati praktik

 

Laporan Hussein Onn(1971)

 

Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Tun Hussein Onn yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.

Tujuan:

·         Mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu.

·         Menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah(dapat ditampung dalam sekolah aliran Melayu,Inggeris,Cina, dan Tamil)

Perubahan:

·         Bahasa Melayu menggantikan Bahasa Inggeris secara berperingkat di sekolah-sekolah aliran Inggeris .

·         Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua kerana bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang penting dan penguasaan dalam bahasa ini boleh meningkatkan pembangunan negara.

·         Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya di peringkat tinngi dan dalam perdagangan serta hal ehwal antarabangsa.

·         Masa mengajar Bahasa Inggeris ditambah

·         Guru-guru diberi latihan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

 

 

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)

 

Laporan ini telah dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir.

 

Tujuan:

·         mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu.

·         memastikan sistem pendidikan memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

·         mencapai perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum.

 

Kandungan:

•       Fokus diberikan kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.

•       Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan.

•       Tumpuan diberikan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.

•       Peluang melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahun.

-          Sekolah rendah

-          Sekolah menengah  (Menengah rendah & Menengah atas)

•        Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua jurusan, iaitu    akademik dan vokasional.

 

Rang Undang-Undang Pendidikan (1995)

 

·         Rang undang-undang adalah cadangan pembentukan atau penggubalan undang-undang baru yang dibentuk melalui perundangan yang masih belum diluluskan dan diberikan perkenan diraja,

·         Selepas rang undang-undang diluluskan barulah ia menjadi akta.

Kandungan:

•       Dasar Pendidikan

•       Kurikulum: KBSR &KBSM

•       Pendidikan bertaraf dunia

•       Falsafah Pendidikan Kebangsaan diwartakan menggantikan Falsafah Pendidikan Negara

 

Akta Pendidikan 1996

•       Satu bentuk perundangan yang lengkap

•       Pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961

 

·         Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan landasan dalam penggubalan Akta ini.

·         Sistem Pendidikan kebangsaan dimantapkan.

·         Meliputi semua peringkat persekolahan( peringkat pra sekolah hingga peringkat tinngi) dan kategori sekolah ( kerajaan,bantuan kerajaan dan swasta). 

·         Bahasa kebangsaan diperkukuh kedudukannya sebagai bahasa pengantar utama dan sebagai matapelajaran wajib dalam sistem Pendidikan kebangsaan.

·         Kurikulum kebangsaan dan peperiksaan adalah seragam untuk semua kategori sekolah.

·         Pendidikan Islam diperluas kepada murid-murid islam  di semua kategori sekolah.

·         Pendidikan prasekolah diperluas

·         Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik.

·         Pendidikan guru diperkukuh dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan program pendidikan guru di peringkat sijil,diploma,ijazah secara berkembar.

·         Pendidikan khas diberi perhatian lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.

·         Pendidikan swasta diperkembangkan ke arah lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

2.4 ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA SEMASA & MASA DEPAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

2.1 HALA TUJU PENDIDIKAN ERA MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL