2.4 ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA SEMASA & MASA DEPAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA

ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA SEMASA & MASA DEPAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA



2.4.1 AKSES PENDIDIKAN

·         Anak-anak di Malaysia mendapat hak sama rata.

 

·         Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha mengurangkan jurang perbezaan di dalam sistem pendidikan.

 

·         KPM telah memberi peruntukan RM 1 billion : 

 

    1)    Keluarga miskin

 

    2)   Golongan kurang upaya

 

Melalui program pembangunan pendidikan dalam usaha menangani ketaksamaaan pendidikan di Malaysia.

Antaranya:

1)    Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

 

3) Asrama Harian


2.4.2 EKUITI PENDIDIKAN

·         Mengurangkan jurang pendapatan, sosioekonomi dan gender dalam kalangan pelajar di bandar dan luar bandar.

·         Contoh jurang gender:

1)    Di pusat pengajian tinggi, kebanyakan ruang dan peluang telah didominasi oleh golongan perempuan.

Faktor terjadi kemungkinan kerana isu minat pelajar terhadap mata pelajaran dan isu pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik berbanding pelajar lelaki.

·         Antara cadangan penyelesaian:

1)    Guru haruslah mengetahui kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif dan inovasi.

2)   Kursus pendidikan guru haruslah memberi fokus dalam perbezaan gender.

3)   Kerajaan haruslah mengadakan ceramah di sekolah untuk menggalakkan pelajar lelaki melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

 

2.4.3 KUALITI PENDIDIKAN

·         Melonjakkan pencapaian negara dalam kelompok teratas dalam pentasiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam masa 15 tahun.

·         Menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Antara langkahnya:

1)    Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

2) Begitu juga dengan penggredan universiti sebagai langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia.

 

2.4.4 PERPADUAN

·         Menghargai nilai, budaya dan pengalaman dari pelbagai kaum dan etnik dapat diterapkan kepada pelajar.

·         Pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum.

·         Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum :

-          Pengunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar,

-          Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara kaum dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.

 

2.4.5 KECEKAPAN SISTEM

·         Memastikan kecekapan sistem pendidikan ke arah keberhasilan pengajaran guru dan kemenjadian pelajar-pelajar pada masa kini. Kecekapan penyampaian, kawalan dan pengurusan menentukan keberhasilan pendidikan.

·         Penyediaan pengajaran guru yang cekap menerusi latihan guru yang professional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti untuk negara.










Comments

Popular posts from this blog

2.3 HALA TUJU PENDIDIKAN ERA PASCA MERDEKA

2.2 ANALISIS HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA ERA PENJAJAHAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA